Banjir di IOI Puchong.. Lagi Bukti Kelemahan
Kerajaan Pakatan Selangor.
SHAH ALAM, 18 Feb- Banjir yang melanda IOI
Puchong pada petang ini adalah sudah dijangkakan. Banjir yang sama pernah
menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah
melanda Kajang tahun lalu.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor
(GAPS), semua orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran
longkang, parit dan sungai tidak diselengagra dengan baik oleh pentadbiran
kerajaan Selangor.
“Walaupun kerajaan pusat memberikan bantuan
sebanyak lebih dari RM350 juta setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan
Selangor setiap tahun, namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik
setiap hari menjadi nya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan.
“Peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk
baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek MES
yang menguntungkan kroni politik PKR, DAP dan Pas sahaja,” ujarnya dalam satu
kenyataan hari ini.
Soal beliau air hak rakyat seperti yang
dilaungkan setiap hari oleh Menteri Besar, adakah air banjir juga milik rakyat
? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti. -MediaUMNO
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !