Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), terbongkarlah
segala yang berlaku semasa kerajaan yang memerintah negeri Terengganu
(1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.
Pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot
tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di
sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.
Kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya
sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna
Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium
RM340,000.00 sahaja.
Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan
dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman
dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar (SUP Tok
Guru) waktu itu, Haji Hussin Ismail.
Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli
semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih
(RM8,061,200.00).
Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi
mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu
Setiausaha Dewan Ulamak Pas Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu
itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.
Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot
keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk
kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00
(lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).
Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas)
membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi
lot PT1830 Mukim Batu Burok.
Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2
juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk
kegunaan awam.
Mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun
diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas
50 hektar.
Tanah YANG MENGANDUNGI BALAK HUTAN SIMPAN seluas 10,000 ekar
diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya
waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.
Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab
persoalan ini di DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang
melaungkan ‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri.
Rupanya yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya
pencuri. Pas semakin terperangkap dengan isu yang diciptakan sendiri. Misalnya
bila membangkitkan tentang isu pembahagian tanah, akhirnya terkena ke atas
batang hidung sendiri.
Penyokong-penyokong mereka diperalatkan mengadakan
demonstrasi di depan Wisma Darul Iman, kononnya membantah Kerajaan Barisan
Nasional (BN) Terengganu yang menyeleweng , rampas tanah dan sebagainya.
Namun begitu, tahukah oleh pengikut mereka itu, pemimpin
mereka sendiri sewaktu berkuasa sebelum ini terlibat dalam apa yang mereka
tuduh kepada Kerajaan BN, termasuk PARA PEMIMPIN PAS yang mengetuai unit-unit
tertentu PAS dalam memorandum yang diserahkan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri
Ahmad Said.
Kalau mereka tahu maklumat sebenar, sanggupkan mereka
diperalatkan, berdemo ditengah panas , hatta ada yang sampai bawa anak isteri
bersama di atas dukungan, konon berjuang untuk kebenaran dan agama.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), terbongkarlah
segala yang berlaku semasa kerajaan yang memerintah negeri Terengganu
(1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.
pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot
tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di
sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.
Kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya
sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna
Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium
RM340,000.00 sahaja.
Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan
dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman
dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar (SUP Tok
Guru) waktu itu, Haji Hussin Ismail.Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli
semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih
(RM8,061,200.00).
Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi
mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu
Setiausaha Dewan Ulamak Pas Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu
itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.
Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot
keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk
kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428,
RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot
PT3431).
Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas)
membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi
lot PT1830 Mukim Batu Burok.Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2
juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk
kegunaan awam.
Mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun
diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu)
seluas 50 hektar.
Tanah YANG MENGANDUNGI BALAK HUTAN SIMPAN seluas 10,000 ekar
diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya
waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.SINI
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !