Kini BR1M kembali lagi di dun wakaf mempelam pada 26 & 28 Fabuari 2013 yang akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad.
Seramai hampir 3050 orang penerima yang akan mendapat BR1M FASA 3,pada 26 Febuari 2013 yang terdiri daripada penerima-penerima yang berkeluarga (RM500).
Tidak diketinggalan kepada penerima-penerima golongan MUDA akan menerima BR1M buat kali pertama pada 28 Febuari 2013. Seramai 4079 penerima golongan MUDA di dalam Dun Wakaf Mempelam.
Justeru itu Pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan
kerajaan pusat bukan sahaja meringankan
beban rakyat berpendapatan rendah malah ia turut menggerakkan sistem kewangan
negara.
Ia turut ditambah dengan sifat pemimpin setempat yang
sentiasa cakna terhadap kebajikan rakyat termasuk di Dewan Undangan Negeri
(DUN) Wakaf Mempelam.
Kerajaan telah menjalankan tanggungjawab dengan baik serta
prihatin apa yang rakyat perlukan termasuk memberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia
(BR1M) yang telah dilangsungkan baru2 ini serta bantuan lain.
Pengawai Pembangunan DUN Wakaf Mempelam, Tuan Haji Wan Mahyuddin
Wan Ngah, berkata pegagihan fasa ketiga untuk BR1M RM 500 yang berjumlah RM 1,525,000.00 juta dan bagi golongan MUDA sebanyak RM 1,019,750 Juta yang akan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad mengikut sebagaimana dijadualkan.
“Kita akan memastikan semua pemohon dan mereka yang layak
dapat menikmati bantuan ini tanpa mengira latar belakang mereka kerana kita
telus dan bertanggungjawab membantu rakyat yang memerlukan pembelaan,” katanya.
Wan Mahyuddin pemimpin yang prihatin kepada rakyat.
Sehubungan itu, beliau meminta semua penerima BR1M 2.0
menilai semula bantuan yang diterima sejak tahun lalu itu dan membalas segala
kebaikan kerajaan Barisan Nasional hanya dengan menyokong parti itu pada PRU13
nanti sebagai kesinambungan pembangunan sedia ada.
Hanya Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat serta
membawa kemajuan dan pembangunan kepada penduduk setempat.
Oleh yang demikan untuk kesinambungan pembangunan dan kebajikan yang berterusan untuk RAKYAT Dun Wakaf Mempelam maka Umno & Barisan Nasional berharap rakyat dapat membuka mata dan menilai dari segenap sudut demi kebaikan bersama-samaa di dun wakaf mempelam.
Label : Pusat Khidmat Masyarakat Dun Wakaf Mempelam
Oleh yang demikan untuk kesinambungan pembangunan dan kebajikan yang berterusan untuk RAKYAT Dun Wakaf Mempelam maka Umno & Barisan Nasional berharap rakyat dapat membuka mata dan menilai dari segenap sudut demi kebaikan bersama-samaa di dun wakaf mempelam.
Label : Pusat Khidmat Masyarakat Dun Wakaf Mempelam
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !