Pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan
kerajaan pusat bukan sahaja meringankan
beban rakyat berpendapatan rendah malah ia turut menggerakkan sistem kewangan
negara.
Ia turut ditambah dengan sifat pemimpin setempat yang sentiasa cakna
terhadap kebajikan rakyat termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf
Mempelam.
Kerajaan telah menjalankan tanggungjawap dengan baik serta prihatin
apa yang rakyat perlukan termasuk memberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
serta bantuan lain.
Seramai 3,922 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf
Mempelam turut mendapat tempias hasil keprihatinan Kerajaan Pusat apabila
menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang diagihkan sepanjang dua hari
bermula 12 Februari lalu.
Pengawai Pembangunan DUN Wakaf Mempelam, Haji Wan Mahyuddin
Wan Ngah, berkata pegagihan fasa pertama yang berjumlah RM 1.96 juta yang
dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad berjalan lancar
sebagaimana dijadualkan.
“Ini baru fasa pertama, selepas ini akan diikuti fasa kedua
dan seterusnya yang akan diselesaikan secepat mungkin sebelum menjelangnya
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Kita akan memastikan semua pemohon dan mereka yang layak
dapat menikmati bantuan ini tanpa mengira latar belakang mereka kerana kita
telus dan bertanggungjawab membantu rakyat yang memerlukan pembelaan,” katanya.
Wan Mahyuddin pemimpin yang prihatin kepada rakyat.
Sehubungan itu, beliau meminta semua penerima BR1M 2.0
menilai semula bantuan yang diterima sejak tahun lalu itu dan membalas segala
kebaikan kerajaan Barisan Nasional hanya dengan menyokong parti itu pada PRU13
nanti sebagai kesinambungan pembangunan sedia ada.
Hanya Barisan Nasional yang
mampu membela nasib rakyat serta membawa kemajuan dan pembangunan kepada
penduduk setempat.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !