Guru BIADAP : Guru Muda Cukup BIADAP Sekarang Ini - Lim Ann - "Suara Rakyat Marhaen"
Headlines News :
Home » » Guru BIADAP : Guru Muda Cukup BIADAP Sekarang Ini - Lim Ann

Guru BIADAP : Guru Muda Cukup BIADAP Sekarang Ini - Lim Ann

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Saturday, May 16, 2015 | 10:02:00 PM

Tan Lim Ann : Biadap Guru Baru
Saya sudah menjadi seorang pendidik selama 35 tahun dengan mulanya kerjaya sebagai seorang Guru di sebuah sekolah pinggir Bandar Kuala Terengganu.

Sepanjang saya memegang status pendidik ini kali pertama dalam sejarah hidup saya dan pada tarikh keramat ini 16 Mei semua guru-guru berkumpul bagi menjayakan hasrat kerajaan negeri ‘Terengganu TerBersih” serta menjadikan setiap sekolah berada dalam KEBERSIHAN demi keselesaan guru-guru dan murid-murid.

Memang benar 16 Mei adalah hari untuk diraikan oleh seluruh yang bergelar seorang guru dan pada kebiasaannya ia akan disambut sehari atau dua hari selepas 16 mei setiap tahun serta akan diraikan bersama-sama dengan anak didik di sekolah yang mana guru itu menabur bakti.

Tetapi Hari ni seorang Guru yang yang bergelar Menteri Besar ini di cerca kerana membuat program Gotong Royong seluruh Negeri Terengganu.

Bagi saya ini adalah Suatu Program Baik untuk kita sama-sama mengeratkan Silaturrahim dan bersama-sama merealisasikan Terengganu Terbersih, bukanlah masa untuk mencari kesalahan tetapi sama-sama menabur bakti untuk masyarakat.

Pada sebelah pagi tadi satu coretan dari sahabat Guru entah dari mana menyatakan didalam nya satu ayat yang cukup menyinggung perasaan saya yang selama ini bergelar seorang guru.Walaupun  marahnya kami guru-guru lama tidak sesekali kami menzahirkan perkataan “SIAL” dimana-mana percakapan ataupun lisan.

Saya cukup-cukup kecewa dengan sebilangan guru-guru muda yang mudah mengikut perasaan mereka dengan menzahirkan pelbagai ungkapan yang tidak bermoral mahupun ditatapan umum.

Kita bersyukur dengan kepimpinan MANTAN GURU (Cikgu Razif) yang sekarang ini pemimpin nombor satu negeri Terengganu dan  banyak agenda pendidikan Negeri menjadi Agenda Utama, sehingga kini rakyat Terengganu bahkan Malaysia amat mengenali Terengganu kerana kehebatan pendidikannya, pelbagai kejayaan yang kita capai dalam bidang pendididikan kerana jasa gandingan Guru dan pemimpin.

Walau pun saya bukan berbangsa melayu dan beragama islam akan tetapi disekolah semua murid-murid saya berbangsa melayu sejak saya mula mendidik dan sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pendidik kepada anak murid saya disekolah dan pada kebiasaannya saya akan memperingati kepada murid-murid saya akan kebersihan yang harus dijaga setiap masa.

Kita sebagai manusia biasa kebiasaannya akan gemar dengan sesuatu tempat yang tenang, bersih, ceria dan teratatur untuk kita melakukan sesuatu kerja inikan pula disekolah yang mana tempat mencurahkan ilmu serta menerima ilmu.

Akhir kata untuk guru-guru Muda.. jagalah adab dan berpadalah apabila bermadah terutama di zaman yang serba canggih ini… tq
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. "Suara Rakyat Marhaen" - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Adiknya