Dr. Wan Azizah Utusan Terakhir Untuk ANWAR? - "Suara Rakyat Marhaen"
Headlines News :
Home » » Dr. Wan Azizah Utusan Terakhir Untuk ANWAR?

Dr. Wan Azizah Utusan Terakhir Untuk ANWAR?

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Wednesday, February 11, 2015 | 1:21:00 AM

Umum telah mengetahui  hari ini adalah dalam sejarak dengan kes LIWAT II Anwar Ibrahim yang mana hukuman dikekalkan apabila berlangsung di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Sementara itu Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan satu surat yang mana untuk sebaran media yang menyatakan bahawa Kes Ketua UMUM PKR itu adalah satu KONSPIRASI dari UMNOBN yang mana tetap dipersalahkan.

Dalam surat sebaran media  yang dikeluarkan oleh Presiden Dr. Wan Azizah itu melalui PKR tersebut dengan menyatakan beberapa perkara dan antaranya : -
   1.        Menfailkan usul di Parlimen untuk mengkritik perlaku hakim-hakim Mahkamah Persekutuan  di dalam kes LIWAT II yang memenjarakan suadara Anwar Ibrahim (Suami Beliau).

   2.        Menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunan solidariri (vigil) diluar penjara setiap hari bermula malam esok (Rabu, 11 Feb 2015).

   3.        Mengatur solat hajat pada hari Khamis malam Jumaat ini  disetiap Cabang KEADILAN seluruh Negara.

Dalam kes ini jeles bahawa KEADILAN hanya untuk Anwar Ibrahim sahaja dan Sejarah penubuhan asal Parti KEADILAN rakyat juga pada tahun 1998 juga untuk membela Anwar selepas disabitkan bersalah.



Fakta Kes Banduan beranama Anwar Ibrahim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.

Hakim Datuk Ariffin Jaka memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa selepas Anwar selesai menjalani penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah.

Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi dua tuduhan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.

Hakim bagaimanapun tidak mengenakan Anwar hukuman sebat yang hanya terhad kepada pesalah berumur 49 tahun ke bawah.

Sukma didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan dan bersubahat dengan Anwar meliwat bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu. Hakim Ariffin bagaimanapun memerintahkan Sukma menjalani hukuman penjaranya secara serentak.

Anwar yang berusia 53 tahun bersama Sukma, 39, didapati bersalah meliwat Azizan, 40, pada satu malam, di antara Januari hingga Mac 1993, di apartmen Sukma, unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk di sini.

Hukuman terhadap mereka mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen itu ia membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat.

Hakim Ariffin turut menggunakan budi bicaranya di bawah Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah untuk membenarkan Sukma diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin sementara menunggu rayuan terhadap hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Bagi syarat jaminan, Sukma diperintahkan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Anwar memulakan hukuman penjara enam tahunnya sekarang pada 14 April tahun lepas setelah didapati bersalah terhadap empat tuduhan rasuah kerana campur tangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksualnya.

Dakwaan itu membawa kepada pemecatannya daripada jawatan kabinet pada 2 Sept 1998.
Sebelum hukuman hari ini diputuskan Anwar menyampaikan hujahnya sendiri meminta hukuman ke atasnya diringankan. Sementara peguam Sukma, Gobind Singh Deo membuat rayuan itu bagi pihak anakguamnya.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Ariffin menjelaskan beliau mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan oleh Anwar dan mesti menangani perbuatan terkutuk tersebut dengan cara yang betul.



Beliau menyifatkan perbuatan meliwat sebagai suatu yang menjijikkan dan ''masyarakat kita mahukan mereka yang melakukan kesalahan seperti itu diadili sewajarnya.''

''Ia satu keputusan yang sukar dibuat. Dalam menjatuhkan hukuman ia mestilah mencerminkan betapa seriusnya kesalahan itu, kepentingan orang ramai dan keadaan sekeliling,'' kata Hakim Ariffin.

''Ada keterangan yang mencukupi berhubung dua tuduhan itu dalam pengakuan Sukma yang telah disokong oleh keterangan Azizan.

''Inilah yang menampakkan kredibilitinya. Tidak ada sebab mengapa Azizan berbohong kerana dia tidak mempunyai apa-apa melainkan kerugian semata-mata akibat membuat aduan itu,'' jelas beliau.

Terdahulu, Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah semasa menggesa mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Anwar dan Sukma, berkata kesalahan itu adalah serius kerana ia memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

''Hukuman yang berat patut dikenakan kepada kedua-dua yang dituduh terutama tertuduh pertama (Anwar), kerana kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh pertama dilakukan oleh seorang yang ketika itu memegang jawatan tinggi di negara ini, seorang yang menyalahgunakan kedudukan beliau terhadap pekerja bawahannya,'' katanya.

Beliau kemudian meminta mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar secara berturutan selepas selesainya hukuman yang dijalani sekarang.

Sejurus mahkamah bersidang pukul 9.35 pagi ini, Mohtar memaklumkan beliau hadir mengetuai pasukan pendakwaan bersama Timbalan-Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Azahar Mohamad dan Mohd. Yusoff Zainal Abidin.

Pihak pendakwa turut dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nordin Hassan dan Shamsul Sulaiman.

Mohtar memohon maaf bagi pihak Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail dan Timbalan Pendakwa Raya, Tun Majid Tun Hamzah yang tidak dapat hadir kerana mengendalikan pendakwaan kes Al-Ma'unah di Mahkamah Sesyen, Taiping pagi ini.
Christoper Fernando pula mengetuai pasukan peguam bela Anwar bersama Karpal Singh, Zainur Zakaria, Gurbachan Singh, S.N. Nair, Pawancheek Marican dan Zulkifli Noordin.

Jagdeep Singh Deo dan adiknya, Gobind Singh Deo bertindak sebagai peguam bela Sukma.

C.V. Prabhakaran hadir sebagai peguam pemerhati mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Hulu Klang, Azmin Ali yang merupakan seorang saksi penting pembela.

Ketika membaca penghakiman ringkasnya, Hakim Ariffin menegaskan kes pendakwa bersandarkan keseluruhannya atas keterangan Azizan.

Katanya, kes pembelaan pula pada alibi, konspirasi dan mendakwa keterangan rekaan.
Beliau berkata, bagi mewujudkan sama ada elemen itu dibuktikan maka ia harus menimbangkan kredibiliti Azizan.

Menurut Hakim Ariffin, Azizan memberi keterangan selama 10 hari dan menjawab soalan balas peguam bela yang dibuat dengan agresif dan bertalu-talu. Namun, jelas beliau, keterangan Azizan didapati tidak tergugat.

Malah, katanya, juga terdapat keterangan daripada soalan balas terhadap pegawai penyiasat, Senior Asisten Komisioner (SAC), Datuk Musa Hassan bahawa Azizan telah membuat lima kenyataan yang konsisten sebelum itu.

Tambahan pula, kata Hakim Ariffin, keterangan Azizan adalah konsisten dengan pengakuan yang dibuat oleh Sukma yang mana telah diputuskan oleh mahkamah ia dilakukan dengan sukarela.

''Saya juga yakin mengenai kebenaran yang disebutkan dalam pengakuan tersebut,'' ujar beliau.

Keputusan beliau itu, kata Hakim Ariffin, adalah konsisten dengan fakta yang telah digunakan oleh Sukma dalam pengakuannya ketika merayu bagi meringankan hukuman setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan membenarkan dirinya diliwat oleh Anwar di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Oleh itu, ujar beliau, keterangan Azizan boleh dipercayai.

Hakim Ariffin juga menjelaskan keterangan Azizan mencukupi untuk menyokong pengakuan yang telah dibuat oleh Sukma.

''Walaupun ia suatu pengakuan yang dibuat oleh salah seorang tertuduh namun begitu ia mengandungi butir-butir keterangan yang penting dan boleh digunakan terhadap tertuduh pertama (Anwar),'' kata beliau.

Oleh demikian, tambah beliau, terdapat bukti daripada keterangan Azizan terhadap Sukma dan Anwar.

Hakim Ariffin berkata, keterangan Azizan juga menyokong tentang perilaku Anwar yang meminta Musa menghentikan penyiasatan berhubung dakwaan terhadapnya.

Katanya lagi, Sukma menghadapi dua tuduhan, bersubahat dan meliwat dengan Anwar.

Berhubung pembelaan alibi, Hakim Ariffin menjelaskan bahawa Anwar mestilah menunjukkan dia berada di tempat-tempat yang berlainan pada 1 Januari hingga 31 Mac 1993.

Tetapi, menurut Hakim Ariffin, tidak terdapat sebarang keterangan yang menyatakan Anwar berada di mana pada 1 Januari hingga 12 Februari 1993.

Oleh itu, katanya, Anwar gagal membuktikan pembelaan alibi tersebut.

Sukma pula, menurut beliau, tidak dapat menunjukkan bukti bahawa bilakah pengubahsuaian apartmennya dimulakan dan disiapkan.

''Walaupun kerja-kerja ubahsuai dijalankan namun ia gagal menimbulkan sebarang keraguan bahawa kesalahan itu tidak berlaku di apartmen itu,'' katanya.

Hakim Ariffin juga menyentuh keterangan saksi pendakwa, bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang dipersoalkan oleh Anwar bahawa kemungkinan polis cuba memeras ugutnya.

''Ini menampakkan bahawa tertuduh pertama itu ada sesuatu yang merisaukannya,'' jelas Hakim Ariffin.

Selepas menimbangkan sebab-sebab yang dijelaskan, kata Hakim Ariffin, beliau berpuas hati bahawa pendakwa membuktikan keraguan yang munasabah terhadap kedua-dua tertuduh.

Dengan itu, tegasnya, mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh bersalah sebagaimana mengikut pertuduhan.

Fernando kemudian memaklumkan bahawa Anwar ingin menyampaikan sendiri rayuan sebelum hukuman dijatuhkan. BACA SINI



FAKTA KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM

Disini jelas perkara LIWAT 1 memang berlaku dengan 2 kes berlaku tahun 1993 dan dijatuhkan hukuman pada 1998 dan LIWAT 2 bermula pada tahun 2008 serta selama tujuh tahun kes tersebut berlangsung dan hari ini Mahkamah Rayuan telah mengekalkan ANWAR bersalah apabila dirujuk kepada Mahkamah TINGGI sebelum imi.


Disini penulis tidak mahu membuat penghakiman  walaupun KES LIWAT 2 telah terang lagi jelas apabila 5 hakim mengekalkan keputusan tersebut dengan BUKTI-BUKTI yang KUKUH dan tidak boleh disangkal lagi.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. "Suara Rakyat Marhaen" - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Adiknya