BUKIT BESI DIROGOL LAGI? - "Suara Rakyat Marhaen"
Headlines News :
Home » » BUKIT BESI DIROGOL LAGI?

BUKIT BESI DIROGOL LAGI?

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Saturday, November 22, 2014 | 11:54:00 AM

1.Sepertimana semua tahu, China sekarang merupakan gergasi ekonomi dunia dengan pertumbuhan ekonomi 7-10% KDNK setiap tahun, negara tersebut memerlukan banyak bahan mentah untuk membangunkan negara itu terutamanya besi dalam sektor pembinaan. Dengan permintaan yang tinggi ,China sudah menjumpai sumber bijih besi yang banyak di Malaysia iaitu di Bukit Besi, Terengganu.

2. Sebuah syarikat China bernama CAA Resources dimiliki oleh taikun besi Li Yang sudah pun membeli seluruh Bukit Besi untuk dibotakkan dan digali agar bijih besi itu dihantar balik ke China demi pembangunan. Apabila China mampu membina bangunan pencakar langit yang tinggi, Terengganu akan kehilangan sebuah gunung dan mendapat kerosakkan alam sekitar yang teruk. Mungkin akan ada tanah runtuh atau bencana alam sepertimana di Cameron Highland, malangnya rakyat Malaysia mudah lupa, sudah 2 kali banjir lumpur baru ingin bersuara, kemungkinan besar tiada tindakan akan diambil kepada ladang haram itu dan banjir lumpur ke-3 atau ke-4 akan terjadi.

3.Mengikut CAA Resources, mereka akan menghasilkan 500,000 tan bijih besi setiap tahun daripada hasil bumi Terengganu dan dihantar balik ke Tanah Besar China demi pembangunan negara mereka. Tidak mustahil Malaysia yang kaya dengan bijih besi akan mengimport besi pada masa hadapan kerana telah menjual satu gunung kepada syarikat china ini.

4.Apa yang lebih menyedihkan lagi, Li Yang ketika temubual dengan The New York Times berkata secara terbuka telah merasuah pemimpin politik negara dan kerabat diRaja untuk beroperasi di Bukit Besi. :

“If you’ve got these two to support you, then you can do anything you want, because the natural resources are all controlled by them,” Mr. Li said.

Mr. Li, who owns 56 percent of CAA, said that he had paid for each of the ruling party politicians with indirect stakes in the mine to receive the royally granted title of “dato,” which roughly translates as “the honorable.” It costs about $100,000 to arrange each royal grant, he said.

Although anti-corruption groups have campaigned against such arrangements, particularly indirect stakes, Mr. Li said he was simply following common practices in Malaysia. (New York Times, 2014).

5. Selain itu Li Yang dengan terbuka berkata bahawa lombong besi itu terbengkalai disebabkan masalah persatuan pekerja (union) yang memberontak pada satu masa dahulu, jadi untuk menyelesaikan masalah ini semua pekerja atasan akan dibawa dari China dan pekerja lombong merupakan pendatang asing akan datang dari Cambodia,Myanmar dan Vietnam. Dalam kata lain, walaupun Terengganu akan mendapat pelaburan berjuta namun tidak ramai rakyat Malaysia akan mendapat hasil daripada bumi bertuah ini, semua bahan mentah akan dihantar ke China dan peluang pekerjaan akan dicipta bagi orang asing sahaja. Semua akan rugi selain daripada syarikat CAA Resources dan pemimpin politik yang korup dan rakus sehingga menjahanamkan tanah air sendiri.

6. Syarikat CAA Resources juga tidak menjalankan kajian terhadap alam sekitar sebelum beroperasi kerana Li Yang dengan pandai telah membuat sempadan tengah-tengah bukit itu supaya ia jadi 2 lombong kurang daripada 500 acres. Hanya lombong melebihi 500 acre perlu membuat kajian alam sekitar sebelum operasi melombong boleh bermula.

7. Saya fikir pentadbir yang meluluskan projek ini merupakan antara terbodoh dalam dunia. Tidak perlu lihat jauh kita boleh nampak Lombong Emas Grasberg di Indonesia, ia telah menghasilkan 2,025,000 ounces emas, tetapi kenapa rakyat Indonesia tidak mendapat keuntungan besar daripada bumi bertuah mereka? Kerana syarikat Amerika bernama Freeport mengambil emas itu lalu bawa balik ke Amerika, jadi Amerika dan China menjadi lebih kaya manakala penduduk Malaysia dan Indonesia menjadi semakin miskin.

8. Kesilapan terbesar Li Yang dan CAA Resources ialah mereka dengan bongkak memberitahu satu dunia bahawa mereka telah merasuah untuk merosakkan tanah air kita, jadi saya akan mengusahakan agar semua rakyat sedar dengan isu perogolan Bukit Besi oleh warg
a kapitalis asing demi keuntungan peribadi. Lebih kajian akan dijalankan agar isu ini akan tersebar dan projek ini dihentikan serta merta!
Skrg 5000 ekar hutan simpan dungun sedang hampir selesai digondolkan utk pembukaan 2000 ekar kawasan lombong dgn keluasan 500 ekar setiap satu. Sekiranya ditakdirkan Allah hujan luar biasa dikawasan tadahan bkt besi maka penduduk kg rantau panjang kuala jengal akan ditimpa malapetaka besar.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. "Suara Rakyat Marhaen" - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Adiknya