Entah di manakah letaknya kepala hotak pesuruhjaya PAS
Terengganu, Satipol Biol Badigol apabila buat-buat jual mahal setelah
dijemput untuk menyertai Majlis Perundingan Rakyat.
Majlis Perundingan Rakyat yang dianjurkan oleh kerajaan
negeri Terengganu itu difahamkan bertujuan mencapai persefahaman dan
idea dalam usaha membantu rakyat di negeri Terengganu tanpa mengira
fahaman politik.
PAS Terengganu sebaliknya mendesak Menteri Besar untuk menunaikan beberapa tuntutan yang dikatakan penting untuk rakyat.
Apalah bahalol sangat si Sahtipu biol ni? Bukankah jemputan itu bernama Majlis Perundingan Rakyat?
"MAJLIS PERUNDINGAN RAKYAT"
Jika Sahtipu mendakwa merupakan beberapa tuntutan itu
adalah tuntutan yang penting kepada rakyat, kenapa jual mahal dan
menolak untuk menyertai majlis tersebut? Eh? Tak berminat nak bantu
rakyatkah?
Di majlis itulah sedara Sahtipu sepatutnya suarakan
tuntutannya sebagai cadangan, usul dan idea untuk kebaikan rakyat di
tempatnya. Bukannya buat jual mahal dan berlagak pandai.
Pihak kerajaan negeri jelas membuka ruang yang baik untuk
perbincangan dan rundingan bagaimana untuk meningkatkan taraf kualiti
hidup rakyat di pelbagai sektor.
Tapi YB Sahtipu bahalol ni boleh pulak jual mahal dan
tunjuk 'ek'. Nampak sangat tidak bersungguh-sungguh nak membantu rakyat
yang selama ini mengharapkan dia untuk menyuarakan keluhan rakyat kepada
pihak atasan.
YB Sahtipu kena faham dan sedar, apabila menteri besar
Terengganu menjemput YB-YB dari kalangan PAS, ini bermaksud beliau
mengiktiraf YB adalah wakil yang dipilih rakyat di kawasan berkenaan.
Orang iktiraf kita, buat apa kita nak berlagak dan sombong? Siapa rugi?
YB tak rugi apa-apa rasanya. Tapi KAMI yang MARHAEN ni? Nak harapkan
siapa???
Kalau nak tarik diri dan buat tuntutan itu ini, YB nampak gaya lebih suka bermain politik daripada menyelesaikan masalah rakyat.
Lagi sekali saya tanya....Siapa yang rugi dalam hal ni???
Rakyat jugak!! Sudah-sudahlah jadi bahalol YB. Tak perlulah nk tunjuk
lagak dan act hanya kerana jemputan tu datangnya dari parti lawan.
Tengok jugaklah apa yang boleh bantu kami yang dah lama
minta tolong dengan YB untuk panjangkan masalah kami kepada kerajaan
negeri.
Jangan alih-alih bagi jawapan yang sama, "kita parti
kalah", kalau jawapan macam ni saja yang mampu, tak ada apalah yang YB
perjuangkan untuk kami hanya kerana satu dua YB PAS berfikiran kolot
macam sedara Sahtipu ni!
- Ahli PAS yang MARAH
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !