BAGAIMANA jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial
yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan
berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?
Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh
memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter
diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah
RM160,000.
Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan
memang dilihat tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya
terlalu tinggi.
Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman
Facebook berkenaan, penulis melakukan pemeriksaan lanjut mendapati
beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang
hantaran yang nilainya tidak munasabah.
Selain itu, pemeriksaan
mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang mengambil kesempatan
ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan untuk
tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.
Bukan sahaja gambar
gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar terutamanya
mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan menjadi mangsa laman
Facebook itu.
Daripada beberapa komen yang diterima laman
berkenaan, sebahagian besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti
posting mereka dilihat mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar
gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu.
Home »
» Nasib Malang Gambar Disalah GUNAkan Apabila UPLOAD DI FACEBOOK.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !