Dyana SOFEA Kantoi BERCUMBU Dengan Zairil Khir JOHARI? - "Suara Rakyat Marhaen"
Headlines News :
Home » » Dyana SOFEA Kantoi BERCUMBU Dengan Zairil Khir JOHARI?

Dyana SOFEA Kantoi BERCUMBU Dengan Zairil Khir JOHARI?

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Sunday, October 19, 2014 | 1:56:00 PM

Adakah ini satu lagi pemalsuan?

Adakah ini satu lagi perangkap untuk menunjukkan penyokong UMNO dan Barisan Nasional mudah diperangkap?


Adakah ini merupakan satu ujian untuk menentukan tahap sokongan golongan muda Melayu kepada DAP sekaligus terhadap LGBT dan kebebasan seks yang dipromosikan oleh DAP?


Alasan untuk salahkan UMNO dan Barisan Nasional apa pula yang akan dibuat oleh orang yang terlibat atau dari DAP sendiri memandangkan kedua-duanya adalah orang DAP dan merupakan yang paling rapat dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang? 




PULAU PINANG 19 Okt. – Beberapa laman blog hari ini menyiarkan gambar kemesraan antara Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dengan bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Rakaman gambar itu dipetik daripada laman sosial Facebook yang menggunakan nama serta wajah Zairil Khir yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera.

Bagaimanapun, akaun Facebook itu yang memuatkan sebanyak 13 gambar `kemesraan’ antara Zairil Khir dengan Dyana Sofya yang juga Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dipercayai palsu.

Antara blog yang memuat naik gambar-gambar `kemesraan’ Zairil Khir dan Dyana Sofya itu adalah Badut Rakyat di http://badutrakyat.blogspot.com; SangKalaJari9 di http://sangkakalajari9.blogspot.com dan TheFlyingKick di http://theflyingkick.blogspot.com.
Dalam pada itu, Zairil Khir yang dihubungi Utusan Malaysia langsung tidak menafikan gambar-gambar kemesraan antara beliau dengan Dyana Sofya seperti yang tersebar secara meluas di laman sosial tersebut.

Sebaliknya ketika ditanya mengenai perkara itu, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya menyifatkan `politik longkang di Malaysia semakin teruk’.

Malah, Zairil Khir juga tidak memberikan jawapan ketika ditanya sama ada mahu menafikan beliau merupakan individu di dalam gambar yang tersebar itu atau sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang.

Sebaliknya beliau berkata, ini bukan kali pertama beliau menjadi mangsa politik `longkang’ dan perkara itu berlaku disebabkan tiada isu lain yang boleh dibangkitkan.
“Telefon saya dulu pun pernah digodam,” katanya. UtusanOnline


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. "Suara Rakyat Marhaen" - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Adiknya