Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Amerika Syarikat,
antara penyumbang dana terbesar kepada Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),
dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator matawang terkenal George Soros,
menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, siasatan masih di
peringkat awal bagi memastikan penglibatan individu itu yang digelar “penyangak
mata wang” ketika krisis ekonomi di Asia Tenggara pada 1997 dan 1998.SINI
“Siasatan awal mendapati ada bukti berdasarkan dokumen dan
perjanjian kedua-dua pihak, dan kita dapati NGO terbabit adalah salah satu
daripada dua NGO berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjadi penyumbang dana
terbesar SUARAM.
“Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan
dengan Soros berdasarkan dokumen dan emel (antara kedua-dua pihak),” katanya
selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Rasah di Politeknik Nilai
di sini, hari ini.
Katanya, kementeriannya melalui Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sedang menyiasat lanjut perkara itu, dan beliau menggesa Bank
Negara untuk campur tangan.
“Bank Negara perlu menyiasat perkara itu mengikut Akta
Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 bagi
mengambil tindakan terhadap kemasukan wang yang meragukan,” kata Ismail Sabri.
Beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar
Pertubuhan (ROS) menentukan status SUARAM. – BERNAMA
Beberapa ceramah yang dihadirinya sejak beberapa bulan
sebelum pencerobohan berlaku hinggalah tarikh 14 Februari 2013 dalam video itu,
jelas kedengaran Anwar mengajak pendengar ceramahnya menyanyikan lagu itu
bersamanya.
Anwar seperti yang kita ketahui sememangnya pernah
membincangkan perihal autonomi Sabah malah pernah beberapa kali mengadakan
pertemuan dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari membincangkan isu tersebut
termasuklah mengenai tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri itu.
Dan ia terbukti benar sebagaimana disahkan oleh beberapa
media Filipina dan Reuters, yang hingga kini tiada penafian jelas dari Anwar
sendiri.
Selain itu, sekutu utama Anwar di Sabah iaitu, Jeffrey
Kitingan juga pernah bertemu dengan waris individu yang mempunyai hubungan
rapat dengan Jamalul Kiram III dan lama sebelum ini Jeffrey pernah di tahan
atas dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.
Biasanya orang yang sedang kegembiraan atau terlalu kemaruk
sakan, menjadi kelazimannya bercakap merapu atau menyanyi sesatu lagu yang
mempunyai maksud tersirat sesuai dengan nalurinya.
Sedang rakyat Sabah menanti penuh debaran bila isu ini akan
berakhir, Anwar pula seperti bergembira meraikannya sambil berdondang sayang di
atas pentas ceramah melagukan nyanyian seperti sengaja memperlekehkan rakyat
Sabah dan pengorbanan anggota keselamatan.
Jika nyanyian itu satu kebetulan, maknanya Anwar sengaja
buat tidak endah dan langsung tidak bersimpati dengan ketakutan yang dialami
rakyat Sabah kerana pencerobohan yang berlaku sejak 9 Februari 2013 mustahil
tidak sampai ke pengetahuan Anwar.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=epy2dIH9zhI
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !