Pencerobohan oleh pengganas Sulu yang berlaku di Sabah
khususnya di Lahad Datu sememangnya mengejutkan ramai pihak, tapi peliknya
disebalik apa yang berlaku, ia seperti tidak mengejutkan langsung bagi Anwar
Ibrahim.
Sekelumit cemuhan atau kemarahan ke atas pengganas Sulu
langsung tak kedengaran dari mulut Ketua Umum PKR itu, malah dalam blog
peribadinya juga hanya kata-kata kritikan dan pertikaian ke atas kepimpinan
negara saja yang ada.
Balik-balik Anwar hanya mengulangi pertikaiannya terhadap
pemimpin negara yang hala tujunya jelas untuk menimbulkan kesangsian ramai
terhadap pucuk pimpinan negara, seperti tanpa sedar memperlihatkan tangannya
sedang memainkan wayang kulit dari sebalik tabir.
Malah Anwar juga seperti sudah mengetahui akan berlaku
sesuatu yang tidak diingini di Sabah bila mana kerap menyanyikan lagu
"Sabah Nak Hilang" dalam video kompilasi boleh ditonton di beberapa
channel Youtube.
Beberapa ceramah yang dihadirinya sejak beberapa bulan
sebelum pencerobohan berlaku hinggalah tarikh 14 Februari 2013 dalam video itu,
jelas kedengaran Anwar mengajak pendengar ceramahnya menyanyikan lagu itu
bersamanya.
Anwar seperti yang kita ketahui sememangnya pernah
membincangkan perihal autonomi Sabah malah pernah beberapa kali mengadakan
pertemuan dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari membincangkan isu tersebut
termasuklah mengenai tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri itu.
Dan ia terbukti benar sebagaimana disahkan oleh beberapa
media Filipina dan Reuters, yang hingga kini tiada penafian jelas dari Anwar
sendiri.
Selain itu, sekutu utama Anwar di Sabah iaitu, Jeffrey
Kitingan juga pernah bertemu dengan waris individu yang mempunyai hubungan
rapat dengan Jamalul Kiram III dan lama sebelum ini Jeffrey pernah di tahan
atas dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.
Biasanya orang yang sedang kegembiraan atau terlalu kemaruk
sakan, menjadi kelazimannya bercakap merapu atau menyanyi sesatu lagu yang
mempunyai maksud tersirat sesuai dengan nalurinya.
Sedang rakyat Sabah menanti penuh debaran bila isu ini akan
berakhir, Anwar pula seperti bergembira meraikannya sambil berdondang sayang di
atas pentas ceramah melagukan nyanyian seperti sengaja memperlekehkan rakyat
Sabah dan pengorbanan anggota keselamatan.
Jika nyanyian itu satu kebetulan, maknanya Anwar sengaja
buat tidak endah dan langsung tidak bersimpati dengan ketakutan yang dialami
rakyat Sabah kerana pencerobohan yang berlaku sejak 9 Februari 2013 mustahil
tidak sampai ke pengetahuan Anwar.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=epy2dIH9zhI
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !