Lahad Datu: Operasi menggeledah di sekitar Tanjung Batu, di
sini dijangka selesai sepenuhnya hari ini dengan bantuan kereta perisai jenis
Adnan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata fokus
utama buat masa ini adalah Tanjung Batu dan semalam berlakunya empat
pertempuran bermula awal pagi hingga 5.30 petang.
Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kematian dan
kecederaan dilaporkan.
"Kita meneruskan lagi operasi di kawasan ini dan
dijangka akan selesai sepenuhnya hari ini. Selepas ini kita akan keluarkan
mayat di kawasan terbabit sebelum bergerak ke lokasi lain," katanya.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !