WAKAF MEMPELAM - Sejak lebih 30 tahun yang lalu,
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang terletak di pinggir
pusat bandar raya kekal dikuasai Pas dan seolah-olah sukar untuk digugat.
Ketika beberapa kawasan lain yang juga dikatakan mempunyai
pengaruh parti itu yang kuat dapat dikembalikan kepada UMNO atau silih bertukar
tangan dengan majoriti kemenangan yang kecil, Wakaf Mempelam dianggap kawasan
selesa untuk pembangkang.
Ada yang menyifatkan kesukaran UMNO untuk menang selama ini
kerana calon-calon yang ditonjolkan lebih kepada pilihan parti dan sukar untuk
menambat hati rakyat; jentera parti yang lemah dan peranan jentera kerajaan di
akar umbi yang tidak menyeluruh sentuhannya kepada rakyat.
Namun sepenggal yang lalu, suasana dalam parti sudah berubah
dengan nafas baharu yang menyegarkan manakala sudah wujud kesedaran lebih luas
bahawa wakil rakyat yang dipilih tidak harus sekadar petah berceramah dan
kelihatan mesra di majlis kenduri.
Pada tahun 1999-2004, Wahid Endut telah menjadi exco kerajaan negeri PAS.Pada ketika itu apa yang Wahid Endut buat untuk rakyat Wakaf mempelam. Tiada satu pun kebajikan dan pembangunan yang dibuat kepada rakyat wakaf mempelam.
Jika sekarang ini, rakyat menanyakan dan memohon sumbangan dari wahid endut, jawapan beliau adalah"kita tidak mempunyai peruntukan"...
WMB nak tanya... semasa jadi exco dulu kenapa pandai berjanji sahaja tetapi tidak melaksanakanya... adess... Yb cap ayam..
Wakil rakyat sedia ada sekarang ini tidak bertanggungjawab kepada rakyat,hanya bertanggungjawab kepada rakyat yang telah meninggal dunia sahaja... bukan apa, "ada keluhan rakyat di Wakaf Mempelam menyatakan Wahid Endut adalah wakil rakyat orang mati sahaja" ...
Dan ada juga yang menyatakan Wahid Endut hanya akan timbul 5 tahun sekali iaitu apabila tibanya masa pilihan raya... itu lah wakil rakyat PAS yang suka mempermainkan nasib rakyat wakaf mempelam yang menyokongnya.. demi atas nama perjuang ISLAM..
Wahid Endut bukan hendak menjaga kebajikan rakyat wakaf mempelam malah siap menuduh kerajaan terengganu tidak pedulikan rakyat wakaf mempelam..
INI WMB TEMUI DALAM FB
SUMBER : Klik SINI
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !