Pesuruh Jaya PAS Terengganu YB Wahid Endut yang disangka
telah mati hampir 4 tahun lalu, ditemui kembali malam tadi. Beliau dikatakan
telah datang berceramah di Kg Wakaf Mempelam.
Wahid Endut yang telah menjadi YB di Wakaf Mempelam hampir
16 tahun dikatakan tidak pernah turun menemui rakyat sejak memenangi
pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu pada tahun 2009 sehingga beliau
disangka telah mati.
Rumah besar milik beliau yang terletak di Kg Seberang Baruh
dikatakan sentiasa tertutup seperti tidak berpenghuni. Semasa ada 2 kematian di
Kampung Kubang Parit yang hanya 800 meter dari rumahnya, dia langsung tak
datang menjengah.
Tiba-tiba malam tadi dia keluar entah dari gua mana dan
menabur janji lagi. Yang menariknya dia datang seolah-olah dia tidak pernah
bersalah kepada rakyat Kuala Terengganu ataupun rakyat Wakaf Mempelam yang
dimenangi lebih satu dekad yang lalu.
Angin rasa memang pemimpin PAS Terengganu yang sorang ni
jenis yang tak tahu malu. Makan gaji buta sebagai YB DUN dan Ahli Parlimen.
Satu benda tak buat untuk rakyat. Tersengih-sengih bersalam dengan penganut PAS
yang masih bodoh di tipu oleh beliau.
Namun Angin yakin hanya tinggal 2 3 kerat lagi manusia yang
tak ada otak yang akan pilih beliau dalam pru13 nanti. Buktinya sekarang Wakaf
Mempelam sedang dilanda Gelombang Biru. Bendera biru dengan penuh semangat oleh
penduduk-penduduk.
Sebab itu Wahid Endut
dikatakan teringin sangat nak bertanding di DUN Bandar. Dia telah tahu orang
Wakaf Mempelam dah tolak dia sebab di seorang YB tidur makan gaji buta. Dia
yakin boleh menang di sana. Dia mengharapkan undi bukan melayu yang konon
menyokong PAS.
Walau apapun, WMB 13 yakin walau di letak dimana pun si tidur
ni, dia akan kalah dan kalah teruk.Semoga dia sedar dia dah tak laku bukan saja
oleh penyokong Barisan Nasional, malah penyokong PAS pun dah menyampah tengok
dia. Buktinya seorang penyokong PAS tegar Wakaf Mempelam dilihat memasang
bendera Barisan Nasional. SINI
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !