Kota Baharu : Husam Musa Mantam Naib Presiden PAS Pusat hari ini mengeluarkan satu kenyataan melalui facebook milik beliau yang mana menyatakan memorandum air berat sebelah.
Menurut tulisannya, Husam bagaimanpun tidak bersetuju dengan bayaran duit rakyat diatas kerjasama perjanjian air bersih itu dimana kerajaan Kelantan telah mengambil hasil yang berlebihan.
“Kerajaan Kelantan hari ini mengenakan caj berlipat ganda dengan harga pembelian asal dengan Terengganu”
“Sudahlah air di Kelantan hari ini semacam teh tarikh serta meleleh keluar dan air Terengganu yang sudah dirawat itu juga diambil kesempatan oleh mereka”
“Di barisan kerajaan Kelantan hari ini tidak pernah memikirkan kantung rakyat dan mereka hanya fikir tentang kantung mereka sahaja sedangkan rakyat Kelantan mengikat perut untuk makan seharian terutama dikawasan yang dijanjikan air itu,” katanya.
Selain itu katanya, sebelum ini kenaikan gaji yang tidak munasabah dengan keadaan rakyat yang kehilangan harta benda kerana bencana banjir yang berlaku.
“Rakyat kais pagi… Makan petang… wakil rakyat naik gaji pulok… rumah rakyat hanyut dibanjir dan rakyat melihat akan kerakusan 45 wakil rakyat yang menerima kenaikan gaji.. tanpa tolak dan dibahaskan…. Senyum mewekk sorang-sorang..”
“ rakyat mari jupo ambo… kabar gitu gini dengan nasib harian mereka… wokil rakyat kito duk baham pitih dengan naik gaji lagi..” katanya.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !