Sebuah
poster yang disebarkan di media sosial mengenai "Flashmob Save TRG"
jelas menunjukkan bahawa Pas terdesak menggunakan mantan Menteri Besar
Terengganu Datuk Seri Ahmad Said untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Poster yang turut menggunakan
lambang 1MDB berlatar belakangkan pelantar minyak dan gambar Ahmad Said
turut mengajak orang ramai menunjuk perasaan ketidakpuas hatian terhadap
Najib dalam isu 1MDB itu dengan memakai pakaian bertema hitam putih.
Dalam
masa yang sama, Pas turut memperdayakan rakyat Terengganu dengan
mengadakan tunjuk perasaan tersebut pada hari yang sama Najib datang ke
Terengganu untuk merasmikan Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kuala Nerus.
Dikatakan
Pas amat tercabar dengan kepimpinan dan kewibawaan Menteri Besar
Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sehingga terpaksa melakukan
pelbagai cara untuk melihat mesyuarat Umno bahagian yang diketuai oleh
Ahmad Razif tidak berjaya.
Pas semakin takut apabila
melihat perpecahan dalaman parti dengan tertubuhnya Gerakan Harapan Baru
(GHB) dan Pas juga ingin melihat Umno di Terengganu musnah apatah lagi
Umno di Kuala Nerus yang dilihat semakin bertambah dan kuat.
Amat
menyedihkan ialah apabila Pas terpaksa menggunakan Ahmad Said untuk
menyebarkan fitnah kerana buat masa sekarang, Ahmad Said paling jelas
dilihat mengkritik perdana menteri selepas dipecat dari jawatan menteri
besar.
Apabila gagasan Transformasi Terengganu Baharu
yang membawa slogan kecil bagi kita, besar bagi rakyat benar-benar
berkesan pada rakyat Terengganu, kedudukan Pas mulai tergugat apabila
kebanyakan ahlinya kini, hari demi hari mulai meninggalkan parti yang
kononnya memperjuangkan Islam.
Ini dapat dilihat
apabila lebih daripada 150 orang ahli Pas telah keluar dari parti itu
untuk menyertai Umno, seperti yang diumumkan di Besut minggu lalu ketika
lawatan Ahmad Razif di sana.
Jika dilihat sekarang, Umno di Terengganu semakin kuat walaupun Ahmad Said kian menghentam.
Namun
demikian, Ahmad Said tidak dilihat menghentam Umno tetapi terlalu kuat
mengkritik pentadbiran Najib dan mengaitkannya dengan 1MDB.
Apabila
banyak kali dianalisis ucapan Ahmad Said dalam mana-mana majlis yang
dihadirinya, ucapannya lebih kepada mengkritik dan berbaur masalah
peribadi dan bersifat dendam.
Tiada sedikit pun Ahmad
Said menyentuh mengenai perjuangan Umno dan Pas melihat Ahmad Said
merupakan kunci utama untuk melemahkan lagi Najib dan memporakperandakan
kekuatan Umno.
Pas dilihat kian terdesak apabila
nakhodanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih banyak bersikap mendiamkan
diri daripada mengawal ahli-ahli Pas yang kian memberontak.
Tambahan
pula 21 Ogos ini GHB akan mengadakan satu majlis perjumpaan di Dataran
Shah Bandar, Kuala Terengganu di mana sebuah parti baharu "Parti Amanah
Rakyat (AMANAH)" akan diumumkan nanti.
Ini yang membuatkan Pas terutamanya di Terengganu makin gelisah akan kehadiran beberapa Individu terutama yang menggerakkan GHB.
Pas tidak mahu hanya partinya sahaja yang musnah dan cuba mengheret Umno ke kancah kemusnahan yang sama.
Pas
tidak lagi relevan apabila lebih banyak menggunakan fitnah dan boikot
sebagai alat perjuangan mereka bagi memenangi hati rakyat.
Dalam
isu mempergunakan Ahmad Said pula, Pas lebih selesa menggunakan Ahmad
Said kerana Adun Kijal itu langsung tidak mengambil tindakan atau
mengeluarkan kenyataan tentang apa yang dibuat oleh Pas.
Apabila Ahmad Said dilihat seolah-olah "redha", maka Pas akan terus menggunakan Ahmad Said sebagai kunci utama merosakkan Umno.
Hanya
satu pesanan kepada ahli Pas. "Jika mahu boikot dan memperalatkan Ahmad
Said dalam membawa agenda busuk mereka, Pas harus mula fikir untuk
membuat cara lain pula bagi menunjuk perasaan. Ini kerana tunjuk
perasaan FLASHMOB itu sudah sebati dan sinonim dengan Pemuda Pas
Terengganu atau bahasa ringkas "TOO CLICHE".
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !