Penawar Denggi Ada Di Sebelah Rumah !!! - "Suara Rakyat Marhaen"
Headlines News :
Home » » Penawar Denggi Ada Di Sebelah Rumah !!!

Penawar Denggi Ada Di Sebelah Rumah !!!

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Wednesday, October 1, 2014 | 4:47:00 PM




Penawr terbaru Denggi telah ditemui oleh pakar-pakar peruban Negara dengan di SAHKAN Oleh Institute Penyelidikan Perubatan (IMR) yang mana telah membuat kajian menyeluruh tentang penemuan baru itu.

Ia sebagai penawar sampingan sebelum mendapat rawatan susulan di Hospital Kerajaan Mahu Swasta.Baca di surat pengesahan di atas...

RAMAI mengetahui buah betik adalah kaya dengan vitamin A dan C.
Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa daun betik juga boleh digunakan dalam merawat demam denggi.

Satu kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa jus daun betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam pesakit demam denggi.

Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah.

Separuh dari pesakit tersebut telah diberikan 50 gram jus daun betik selama tiga hari berturut-turut.
Dalam masa yang sama, bacaan bilangan sel platlet darah pesakit-pesakit telah diambil selama dua hari.

Didapati bahawa pesakit yang menerima jus daun betik mempunyai kadar bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya.

Penemuan ini amat penting kerana sehingga kini, kaedah rawatan demam denggi adalah hanya dengan kaedah pemindahan cecair atau darah.

Menurut kumpulan penyelidik tersebut di dalam artikel kajian yang berjudul ‘Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever’ terbitan jurnal ‘Evidence Based Complementary and Alternative Medicine’.

Penemuan ini mungkin akan memainkan peranan yang penting di dalam pengurusan demam denggi pada masa akan datang.

Jurnal penemuan penyelidikan boleh dimuat turun di laman web www.hindawi.com.
Sumber: http://www.majalahsains.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. "Suara Rakyat Marhaen" - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Adiknya