Pelajar UITM Di TIKAM - "Suara Rakyat Marhaen"
Headlines News :
Home » » Pelajar UITM Di TIKAM

Pelajar UITM Di TIKAM

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Thursday, September 25, 2014 | 11:14:00 PM

Siti Irina Ridzwan

ALOR GAJAH 25 Sept - Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan pelajar Diploma Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah pada 10 September lepas.
 
Rahim Othman, 20, dari Taman Mutiara di sini didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Siti Irina Ridzwan, 20, semasa merompaknya di C-1-1 Apartment Dimensi, Jalan Dimensi Utama di sini pada jam 6.15 pagi.
   
Tertuduh yang berniaga sendiri didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
    
Hakim Nariman Badruddin kemudian membenarkan ikat jamin berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 27 Oktober depan bagi mendapatkan laporan sosial tertuduh dan menjatuhkan hukuman.
    
Sementara itu, di mahkamah sama, seorang penarik kereta Amir Fusyairi Ahmad Anuar, 40, didakwa bersubahat dengan Rahim menyebabkan kecederaan ke atas Siti Irina semasa rompakan itu pada tarikh, tempat dan waktu yang sama mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tertuduh daripada Taman Seri Lekir, Sitiawan, Perak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
 
Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin berjumlah RM15,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
    
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syaiful Akmal Mohd Razi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. "Suara Rakyat Marhaen" - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Adiknya