Kerajaan Terengganu ZALIM... Roboh Rumah RAKYAT? - "Suara Rakyat Marhaen"
Headlines News :
Home » » Kerajaan Terengganu ZALIM... Roboh Rumah RAKYAT?

Kerajaan Terengganu ZALIM... Roboh Rumah RAKYAT?

Written By Unknown on Wednesday, March 19, 2014 | 12:27:00 PM

Rumah Di Kg. Mak Chili, Kemaman
Isu rumah yang dirobohkan di Kampung Mak Chili  oleh pemaju perumahan  BARU-BARU ini telah menjadi modal politik pembangkang(PAS) di kawasan tersebut dan Negeri Terengganu. Ia semakin menjadi FITNAH apabila ISU ini dibawakan ke dalam ceramah-ceramah PAS di seluruh Kemaman dan Negeri Terengganu.

Terdapat Video yang telah divarilkan oleh PAS demi menagihkan simpati rakyat demi matlamat Politik murahan parti itu. Beberapa hari ini ISU ini semakin mendapat sambutan bagi mereka yang mempercayai provokasi yang dimainkan PAS.

Cerita bermula pada 7 hingga 8 tahun yang lalu bermula rundingan demi rundingan yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan melaluai Pejabat Tanah Daerah Kemaman dan Pemaju Perumahan dengan pemilik rumah-rumah di atas tanah kerajaan di Kampung Mak Chili, Kemaman . 

Pada peringkat awalnya pemaju menggunakan budi bicara yang mengikut adat tata susila sebagai orang melayu walaupun ia tahu tanah itu bukan milik penduduk(rumah) yang ada sekarang ini. Kerajaan dengan sehabis baik bicara dengan pemilik rumah agar keluar dari tanah itu demi membangunankan RUMAH MAMPU MILIK kepada Rakyat Kemaman.[KLIK SINI]

Sehinggakan ia semakin buruk semenjak dipolitikan oleh PAS yang mana ingin menjadi juara kepada rakyat kononnya. Akhirnya tiada jalan lain selepas notis perpindahan dan perobohan rumah dikeluarkan demi memberi ruang kepada pemaju untuk membina Perumahan Rakyat oelh Kerajaan Negeri.


Isunya hanya 1 buah rumah sahaja dirobohkan KENAPA?

Terdapat 4 buah rumah semuanya dikawasan itu bersama satu buah  rumah yang telah dirobohkan oleh pemaju itu, 3 buah rumah yang lain bersetuju untuk meroboh rumahnya sendiri dan ia akan dibuat dalam masa yang terdekat ini.

Rumah Pak xxx itu dirobohkan kerana beliau enggan berpindah dan merobohkan rumah itu dan perbuatan itu akan menganggu perjalanan kerja-kerja membina rumah mampu milik untuk rakyat. Bukan kerana sebuah rumah Pak XXX itu, tergendala projek yang sedang dibanggunkan oleh Kerajaan Negeri.

PAS MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK POLITIK

Kerajaan telah menawarkan satu lot tanah kepada Pak XXX dan pemaju juga telah menawarkan wang sebagai Pampasan RM20000 kepada keluarga Pak XXX dan rumah-rumah yang terlibat. Pada kisahnya rumah-rumah itu diatas tanah kerajaan.. ZALIM KE KERAJAAN?? 


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. "Suara Rakyat Marhaen" - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Adiknya