Bagi P036 dan keseluruhan dun didalamnya, Dun Ladang, Dun Wakaf Mempelam, Dun Batu Buruk dan Dun Bandar, rakyat memilih untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.
Dari pengamatan, ada beberapa punca yang menyebabkan perkara ini berlaku. Yang paling ketara ialah pengundi yang tinggal di luar Terengganu telah pulang untuk memberi undi kepada pembangkang. Juga satu lagi sebab ialah pengundi cina yang seolah-olah benar-benar mahu menghukum Barisan Nasional.
Mungkin juga ada benarnya bila desas desus berbunyi terlalu ramai yang bermuka-muka di sini. Sepanjang kempen yang angin sempat mengikutinya, rata penduduk amat gembira dengan calon yang diketengahkan. Ramai yang berkata kali ini Kuala Terengganu akan kembali kepangkuan Barisan Nasional. Bukan hanya parlimen malah Ladang, Batu Buruk juga berpeluang cerah untuk menang. Namun di hari mengundi segalanya bertukar.
Ramai rupanya pembohong di Kuala Terengganu. Pengundi Cina tak payah cakaplah. 90% berpaling tadah. Tak mengapa mungkin selepas ini pengundi cina tak perlu lagi berjumpa MCA dan Gerakan atau UMNO untuk minta tolong. Tak payah susah-susah nak ambil borang dana raya cina atau dana bakti remaja lagi. Semua tu mungkin boleh diberi oleh Parti yang mereka sokong. Mereka bercakap tentang janji-janji oleh pembangkang. Urmmm... hari ini mungkin cukai pintu rumah mereka dah tak perlu mereka bayar sebab semuanya dah diselesaikan oleh YB yang mereka pilih.. SINI
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !