Barisan Nasional Kuala Terengganu telah mengadakan Majlis Temu Mesra Calon-Calon Dalam Parlimen Kuala Terengganu dengan semua jentera pilihanraya parlimen hari ini. Majlis yang diadakan di Perkarangan Pejabat UMNO DUN Ladang telah dihadiri oleh semua calon yang akan bertanding. Mereka ialah Tuan Haji Mohd Zubir Bin Embong Calon P036 Kuala Terengganu, Tuan Haji Wan Mahyuddin Wan Ngah calon N13 Wakaf Mempelam, Dato’ Toh Chin Yaw calon n14 Bandar, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh calon n15 Ladang dan Dato’ Che Mat bin Jusoh calon n16 Batu Buruk.
Turut sama di dalam majlis tersebuat ialah Y.A.B Dato’ Seri Haji Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu. Di dalam ucapannya Y.A.B Menteri Besar menyeru semua jentera di parlimen Kuala Terengganu untuk menebus kembali kekalahan dalam PRU12 yang lalu. Beliau menegaskan bahawa hanya dengan bersatu dan membuang rasa amarah barulah parti dapat diselamatkan.
“Rezeki ini ditentukan ALLAH, mungkin hari ini adalah rezeki mereka yang berdiri dihadapan tuan-puan i untuk menjadi calon. Mungkin esok giliran tuan-puan dihadapan saya pula untuk berdiri di sini. Insyaallah dengan semangat dan keikhlasan, tuan puan mampu untuk mencipta kemustahilan dengan memenangi keseluruhan dun dan parlimen di Kuala Terengganu”.
Majlis yang dihadiri hampir 2000 orang jentera termasuk parti kompenen itu dilihat sebagai petanda awal bahawa Kuala Terengganu akan kembali berada ditangan Barisan Nasional. Rata-rata jentera yang ditemui juga memberi keyakinan bahawa mereka telah bersedia menawan kembali Kuala Terengganu.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !