Sehari dua ini, dunia politik tanahair sedikit heboh dengan
kemunculan semula bekas penyiasat persendirian P. Balasundramaniam yang
digunakan sebagai modal baru pakatan pembangkang dalam menarik simpati pengundi.
Pelbagai program jelajah telah dirancang dan diadakan demi memastikan rakyat
terus tertipu dengan kenyataan bersumpahnya yang menurut Zulkifli Nordin hanya
bernilai RM4.00.
Namun apa yang menariknya ialah, ketika Bala begitu ghairah
dijadikan sebagai kuda tunggangan baru puak pakatan bagi memburukkan dan
menjatuhkan kerajaan dengan cerita tipu dan fitnahnya, laman wikipedia telah
mendedahkan mengenai satu penipuan yang dilakukannya terhadap model Altantuya
Shaariibuu. Dan penipuan tersebut, akhirnya telah menyebabkan tercetusnya
beberapa rentetan peristiwa sehingga menyebabkan kepada kematian Altantuya.
Laman yang merupakan sebuah portal ensiklopedia bebas itu
mendedahkan, sebelum kematian Altantuya,
Abdul Razak baginda telah melakukan satu pengeluaran wang tunai berjumlah
RM50,000.00. Wang tersebut akhirnya diberikan kepada Bala untuk diserahkan
kepada Altantuya.
Namun mungkin kerana sikap tamak dan ‘gelap mata’, Bala
bukan sahaja tidak menyerahkan bayaran tersebut, malah telah mencuri wang yang
sepatutnya digunakan sebagai kos pembiayaan pulang Altantuya ke negaranya.
Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Wikipedia itu juga,
wang tersebut adalah merupakan bayaran untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh
Altantuya sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda. Kegagalan Altantuya untuk
menerima pembayaran tersebut, telah menyebabkannya gagal untuk pulang ke
negaranya. Yang mana telah menyebabkan berlaku satu tragedi yang akhirnya
membawa kepada kematian beliau.
Yang lebih menghairankan, semua kenyataan Bala sebelum ini,
yang kononnya bertujuan untuk mendedahkan satu kebenaran, langsung tidak
menyebut mengenai kehilangan wang RM50,000 ini. Apakah dia terlupa atau sengaja
menyembunyikan fakta sebenar berhubung kehilangan wang tersebut.
Zulkifli Nordin yang juga merupakan bekas peguam bela kes
Altantuya sebelum ini juga, pernah mebangkitkan mengenai transaksi wang
tersebut. Namun sehingga kini, masih lagi tiada sebarang kenyataan dari Bala
berhubung isu yang dibangkitkan ini.
Kegagalan dan keengganan Bala untuk menjelaskan mengenainya,
seolah-olah membuktikan bahawa semua dakwaan yang dilemparkan ini mempunyai
asas kebenarannya.
Kesimpulannya, bagi mengelakkan masyarakat terus ditipu
dengan dakyah dan cerita rekaan pembangkang ini, ada baiknya pihak berkuasa
memulakan siasatan berhubung kehilangan wang RM50,000 milik Altantuya yang
dipercayai telah dicuri oleh Bala.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !