Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998,
pembangkang-pembangkang di Malaysia bagai mendapat nafas baru. Anwar yang
dahulunya digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal
Singh sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan
kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia paling
suci sebaik saja dipecat oleh UMNO kerana terlalu kotor.
Sehubungan dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang
amat bertentangan ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang
ditubuhkan khas untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL).
Ketiga-tiga parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi
menyatakan kerjasama secara rasmi.
Bagaimanapun, PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa
mengalami pasang surut serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama
mereka. Pada 21 September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis
dengan PAS mengenai penubuhan Negara Islam.
Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara
berasingan dan mencabar sesama sendiri.SINI
Pada PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan
menyaksikan mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Mereka
kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS
akhirnya mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan
Islam.
Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak
mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat
yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK
mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !