Ketibaan DS Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Kuala Terengganu petang tadi mengundang persoalan apakah terdapatnya pertemuan sulit di antara beliau dengan pemimpin tertinggi PAS Terengganu, Hj. Hadi Awang.
Tinjauan wartawan di Hotel PrinzPark yang dikatakan akan menjadi lokasi pertemuan itu tidak mendapati sebarang aktiviti dan hanya kelibat Setiausaha Agung Pas yang kelihatan.
Datuk Mustapha Ali ketika ditemui di perkarangan Hotel PrinzPark sekitar jam 6.45 petang tadi antaranya telah mengesahkan bahawa terdapatnya pertemuan diantara kedua-dua pemimpin tertinggi itu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut apakah yang telah dibincangkan hasil dari pertemuan tersebut.

Awal hari ini, Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor yang sah. [Baca di Sini Selanjutnya]
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !