Bagi yang terlepas mengikuti isu yang mencabar Kedaulatan
Negara ketika ini berhubung pencerobohan bersenjata tentera Diraja Sulu di
Lahad Datu yang telah mengorbankan 2 anggota VAT Komando kita, bolehlah
mengikuti kronologi yang disediakan di bawah ini.
9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara
menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17,
Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan
sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat
laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata
api berkampung di Kampung Tandou.
12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa
lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau
di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan,
bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari
kawasan itu.
14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata
polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir
pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan
Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai
Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu
dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata rundingan dengan pihak
bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa
melibatkan pertumpahan darah.
14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera
Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie
Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan
pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas
sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung
Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja
Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan
Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina
sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan
dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam
misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal
bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan
masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara
terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik
perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga
minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang
menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja'
meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan
sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar
daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan
keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata
terbunuh.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !